Berita 13 Misi Raya eKelas
12 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniSepanjang bulan Ramadhan yang lalu, pihak maxis eKelas telah membuat misi digital raya bersama pelajar eKelas. Terdapat 3 misi yang mana pelajar perlu sertai dan selesaikan ketiga-tiga misi tersebut. Misi pertama adalah pelajar perlu melukis suasana hari raya pada kertas mahjung dan muat naik di portal masing-masing. Misi kedua pula, pelajar akan bekerjasama dalam satu kumpulan besar dan hiaskan dinding atau sudut pusat internet dengan rekaan yang pelajar lukis, reka dan bina. Kemudian, setelah selesai, staf PI perlu muat naik tugasan tersebut di portal eKelas Raya.
Manakala misi ketiga pula pelajar haruslah membuat karangan yang bertajuk pengalaman menyambut hari raya secara individu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: